*BAYI  ANENCEPHALY*

Informasi, Cerita dan Berita tentang masalah anencephaly pada bayi didalam negeri maupun diluar negeri

     Halaman Depan

              Fakta 

           ->Cerita

               Foto-foto

            Pencegahan

           Persiapan Diri

               Keluarga

              Bibliografi

            Kata Mutiara

                 Links

               Network

    Download Ringkasan

            Terbaru Kini

 

Kirim Pesan atau Berbagi Cerita

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Hak Cipta © Copyright 2009

Bayi-Anencephaly.info

 

AL-FATIHAH UNTUK SEORANG ANAK

 

02 Jun 2009 , tarikh yang tetap akan terpahat dalam ingatan saya sekeluarga di mana pada tarikh tersebut kembalinya seorang zuriat kami kepada pencipta yang Maha Agong. Sesungguhnya amat kerdil manusia ini dalam menghadapi qada dan qadar penciptaNya dan sesungguhnya juga setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati dan kembali kepadaNya tanpa berlengah sedetik masa juga. Tujuan saya mencatatkan peristiwa ini sebagai tanda ingatan kami terhadap apa yang telah kami lalui.

Walaupun zuriat ini hanya berusia lingkungan empat bulan, namun pemergiannya tetap dirasai dan bayi kecil lelaki ini kami namakan dengan nama Abdullah yang bermaksud Hamba Allah.

Tidak seperti mengandung sebelum ini, kehamilan sekali ini isteri sayasering kurang sihat dan Tengahari isteri saya telah di masukkan ke Pusat Rawatan Mahsuri kerana terdapat masalah pada kandungannya dan  kandungan ini akan keluar pada bila bila masa sahaja. Anak anak saya Raudah, Adawiyah dan Syamil juga berada di hospital menemani ibu mereka , cuma Nizam dan Afzal yang berada di rumah ibubapa saya ketika itu.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Luas ciptaannya, maghrib tiba, saya ke surau di sebelah bilik kami ,saya mendoakan agar Allah SWT memberikan sesuatu yang terbaik dalam suasana sebegini. Selesai sembahyang saya terus ke bilik kerana kurang sedap rasa dihati , namun saya lihat isteri saya macam biasa saja tanpa sebarang rasa sakit dan Syamil bermain main di hujung katil manakala Raudah dan Adawiyah pula ke surau.

Saya capai surah Yaasin di rak buku dan mula membaca surah tersebut ayat demi ayat.

Tiba tiba dipertengahan saya membaca Yaasin saya dengar isteri saya meminta Syamil memanggil jururawat di hadapan bilik segera katanya darah banyak keluar. Saya hentikan bacaan saya dan terus membuka pintu dan minta jururawat segera masuk dan doktor pakar pun sampai. Saya dapati banyak juga darah kehitaman pada cadar katil dan isteri saya segera di bawa ke bilik bersalin. Hampir setengah jam saya menunggu, doktor memanggil saya untuk melihat bayi kecil seberat 100gm yang baru sahaja kembali untuk menemui penciptaNya.

Saya memerhatikan dengan teliti setiap anggota anak ini yang cukup sifatnya, cantik rupa parasnya , walaupun sekecil itu namun nampak dengan jelas ianya seorang bayi lelaki. Hampir lima belas minit saya memerhatikan kejadian Tuhan yang cukup hebat ini yang sukar untuk dikatakan dengan perkataan. Saya yakin jika sesiapa sahaja yang pernah mengalami dan memerhati benar benar pada bayi sekecil itu akan dapati begitu besarnya kuasa ciptaan Allah swt. Saya terus memerhati zuriat itu kerana di hati kecil saya berkata “ alangkah kecilnya hati anak ini jika aku tidak melihatnya sedangkan ia akan bersemadi di alam barzah sebentar lagi’.

Saya meminta kerjasama doktor dan bidan untuk membersihkan anak yang kami namakan Abdullah ini dan kafankan sebaik mungkin untuk saya sempurnakannya. Ketika ini isteri saya kurang sedar sepenuhnya setelah dibius  disebabkan masalah uri tersangkut.

Jam telahpun melewati sepuluh malam, saya hubungi keluarga dan beritahu apa yang terjadi dan perlu untuk mengebumikan jenazah Abdullah pada malam itu juga. Saya memang paham , mengikut hukum bayi berusia enam bulan ke bawah tidak perlu disempurnakan seperti seorang dewasa. Apatah lagi Abdullah baru berusia hampir empat bulan sahaja. Namun terdapat kekeliruan pendapat ketika saya masih kebingungan untuk menguruskan perkara ini. Ada beberapa orang yang yang menyatakan perlunya disempurnakan sebagai orang dewasa, perlu mandi, kafan dan disembahyangkan. Mana satu yang betul, saya pun mula keliru. Saya menelefon sahabat saya Ustaz Amin, beliau sependapat dengan saya dan begitu juga imam masjid kampong saya yang saya hubungi.

Saya kembali melihat Abdullah dikafankan. Maha Suci Allah , Abdullah adalah anak kecil yang suci dari dosa dalam keadaan terbaring penuh qiyam dikafankan secara penuh hati hati. Abdullah diletakkan di sisi isteri saya buat kali terakhir sebelum disemadikan .

Saya mengambil Abdullah yang siap dikafankan, memanggil Syamil dan Adawiyah agar mengikut saya pulang dan Raudah menunggu ibunya.

Abdullah saya letakan di kusyen depan kereta dan kami segera pulang, Di kampong ayah dan Abang Mat sedia menunggu.Kami sampai ke kawasan perkuburan pada jam hampir 11malam.

Inilah kawasan yang kebiasaannya saya ziarahi pada petang jumaat, di sini letaknya kubur nenek moyang, saya cadangkan agar Abdullah disemadikan berhampiran kubur bapa saudara saya, Mohd Khalib.

Apabila semuanya selesai, sekali lagi saya , syamil dan adawiyah bergegas ke hospital. Syamil bertanya “ nanti Abdullah balik ke ayah” dan adawiyah pula berkata “ kesian dia belum sempat tengok dunia dah meninggal”.

Apapun hakikatnya , kami tidak akan melupai Abdullah dan akan sentiasa mengunjungi pusaranya sebagai tanda ingatan dari keluarga terhadapnya . Marilah sama sama kita hadiahkan al –Fatihah untuk Abdullah dan seluruh ruh kaum muslimin muslimat …AL_FATIHAH.

www.artmandbulletin.com

                                                                                                                                    << Kembali    

Halaman Depan

 Berita

Informasi

Kirim Pesan atau Cerita Anda